PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH BARAM

JOSEPH BELAYONG AK. PUNAN


 

PERUTUSAN


Saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada tuan/puan kerana sudi untuk melayari laman web kami.

Untuk makluman semua, laman web ini baru saja dilancarkan
demi untuk kemudahan anda  untuk mengenali
Daerah Baram secara lebih dekat lagi
melalui "
Informasi di Hujung Jari".

Terdapat banyak maklumat serta fhoto untuk rujukan tuan/puan
di dalam laman web ini. Mudah-mudahan dengan adanya
Laman Web Daerah Baram ini, ianya akan
sedikit sebanyak dapat memberi maklumat kepada
tuan/puan khususnya maklumat-maklumat
yang berkaitan dengan Daerah Baram
itu sendiri.


Di samping memberi maklumat tentang sejarah Daerah Baram serta profail daerah ini, terdapat juga maklumat-maklumat penting yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan dan panduan seperti tempat-tempat menarik dan bersejarah yang boleh dilawati yang terdapat di daerah Baram khususnya
di Marudi, Mulu mahupun Bario  yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.


Walau bagaimanapun, saya memohon berbanyak-banyak kemaafan memandangkan laman web kami ini masih baru,
kemungkinan banyak kelemahan yang akan anda dapati dalam melayarinya.



Selamat Berinformasi


(Joseph Belayong ak. Punan)
Pegawai Daerah,
Baram

Kembali ke Menu Utama