|
DAERAH KECIL BELURU, BAKONG.
Dapat dihubungi terus melalui perjalanan darat selama lebih kurang sejam dari bandaraya pelancongan Miri, juga boleh dihubungi melalaui jalan sungai melalui Marudi memakan masa 3-4 jam (kini tidak lagi digunakan). Merupakan anatar lokasi persinggahan popular sebelum meneruskan perjalanan ke lapok, Long Lama dan Ulu Baram. Amnya Daerah Kecil ini terkenal dengan hasil produk sungai dengan jualan pelbagai jenis ikan air tawar juga pelbagai produk sayuran hutan yang segar dan menyihatkan.
Profail Daerah Beluru, Bakong Keluasan Daerah: 22,070km2 Bahagian: Miri Keluasan Daerah Kecil Beluru Bakong: 1,612.47km2 Jumlah Penduduk Daerah Kecil Beluru Bakong: 11,511 orang
Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Beluru, Bakong Residen: Encik Antonio Khati Galis Pegawai Daerah: Encik Joseph Belayong Pegawai Tadbir Sarawak DK Beluru Bakong: SAO Albania Linus Lukong
Politik 1) YB Dato Jacob Dungau Sagan (Ahli Parlimen P.220 Baram) Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Malaysia. 2) YB Datuk Sylvester Entri Muran (ADUN N.66 Marudi) Menteri Muda Kemudahan Awam Sarawak (Bekalan Air) & Menteri Muda Pertanian Sarawak (Pertubuhan Peladang) Pejabat/Agensi Kerajaan Negeri 1) Pejabat Daerah Kecil Beluru, Bakong 2) Majlis Daerah Kecil Marudi 3) JKR Waterwork 4) Jabatan Pertanian
Pejabat/Agensi Persekutuan
1) Pejabat/Agensi Kerajaan Persekutuan 2) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 3) Klinik Kesihatan Beluru 4) SMK Bakong 5) SJK Hwa Kwong 6) SK Beluru Central
Bekas SAO Pejabat Daerah Kecil Beluru, Bakong 1. Joanis Godfery Pandik (1976) 2. Abang Kiprawi 3. Boniface Bana ak Ambik 4. Mohammad Ansari 5. Mataip Bin Sayu 6. Langan ak Ratih 7. Awang Mohamad Sahadan (2000 - 2009) 8. Keli ak Mareng (2009 - Oktober 2010) 9. Albania Linus Lukong (Oktober 2010 - )

SAO ALBANIA LINUS LUKONG SAO incharge of Beluru Bakong Sub-District
Sistem Pentadbiran yang lebih teratur dan sistematik mula diwujudkan di Daerah Kecil Beluru Bakong sekitar tahun 1970-an. Bagaimanapun, pentadbiran adalah di bawah jagaan oleh seorang wakil Kerajaan yang dikenali sebagai Agen Ulu Sungai atau lebih popular digelar sebagai URA (Up-river Agent) yang mana pusat pentadbiranya terletak di Pejabat daerah Marudi, Baram. Sementara itu, Pegawai Tadbir Sarawak (Sarawak Administrative Officer - SAO) yang pertama ditugaskan di sini ialah Joanis Godfery Pandik iaitu pada tahun 1976 dan sejak itu sehingga ke hari ini Pejabat Daerah Kecil Beluru Bakong telah dibina agar memberikan ruang pejabat dan pentadbiran Daerah Kecil yang lebih luas dan selesa.



 |