OBJEKTIF DAN FUNGSI
PEJABAT DAERAH MARUDI, BARAM


 


 

                                                                   OBJEKTIF:

Melahirkan sebuah organisasi yang boleh membantu dan membimbing
semua
anggotanya dari segi rohani dan jasmani;

Menjadi ' role model ' kepada semua jabatan dan agensi kerajaan lain
di
  Daerah Baram, dan

Menjadi agen perubahan sikap kepada penduduk luar bandar ke arah
sikap yang
  positif dan dinamik.


 

FUNGSI:

Merancang, melaksana, menyelaras, mengesan dan melaporkan projek-projek
pembangunan dengan penuh berkesan dan efektif kepada pelanggan;

Melaksanakan tugas pentadbiran daerah yang merangkumi pentadbiran institusi
masyarakat, perkhidmatan statutori dan hal ehwal semasa masyarakat
di Daerah
Baram;

Melaksanakan tugas-tugas mengawal dan mengekalkan keamanan dan keselamatan
Daerah Baram dengan kerjasama daripada pihak yang berkenaan;

Melaksanakan tugas-tugas rasmi kerajaan dengan sesempurna yang mungkin;

Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak atasan dari masa ke semasa.




Kembali ke Laman Utama