Feedback | Sitemap
  English  | Malay
Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
Welcome to Official Website of Marudi Disctrict Office
Last Update: 12 Apr 2014
Version 5.0.3


PEJABAT DAERAH MARUDI

Marudi District Office
Jalan Kubu Hose 98050 Baram.
Tel: 085-755211, Fax: 085-756084

working hour  8.00am-1.00pm, 2.00pm-5.00pm (Monday-Thursday)
working hour 8.00am-11.35am, 2.30pm-5.00pm (Friday)


webmaster_email : jeffreyj@sarawak.gov.my
www.marudido.sarawak.gov.my


Picture

 


LINK
Link to ICU JPM
Link to Malaysia Government
Link to Sarawak Government
Link to TaliKhidmat
Link to MSC Malaysia

Penerbitan (Publications) Print Penerbitan (Publications)

 

Terbitan elektronik PENAN Sg Magoh, Ulu Sg Tutoh dan Ulu Sg Selaan di Ulu Baram antara lain memaparkan kisah kehidupan dan hardship yang didepani oleh komuniti minoriti Penan di kawasan pedalaman Baram. Selain itu juga memaparkan cadangan program kebajikan dan kemasyarakatan oleh Jabatan dan Agensi Kerajaan di Daerah Marudi untuk sama-sama turun padang melawat dan membantu komuniti Penan tersebut. Paparan seterusnya ialah satu lokasi eco-pelancongan yang sangat memukau hati dan perasaan (terindah) iaitu pemandangan air terjun "Tekiwit" di kawasan penempatan Penan di Data Bila, Ulu Sg Selaan.


Pesta Kebudayaan 1Malaysia Daerah Marudi, Baram sebuah buku cenderahati khas memaparkan tentang inisiatif aktiviti dan program yang dianjurkan khusus bagi meraikan sambutan Hari Malaysia yang jatuhnya pada 16 September 2012. Juga dimuatkan latar belakang program dan Daerah Marudi secara umum untuk makluman dan pengetahuan peserta serta masyarakat yang turut serta dalam menjayakan program tersebut.

CERITA BARAM adalah sebuah buku bergambar juga diselitkan catatan nota ringkas tentang tranformasi pembangunan yang berlaku dalam Daerah Marudi, Baram. Dimulakan dengan sejarah pentadbiran dan para pemimpin yang terdahulu bermula pada era zaman penjajahan Rajah Brooke mulai 1882. Banyak paparan menarik dalam buku ini, selain soal pembangunan dan profai pentadbiran, aspek pelancongan, masyarakat dan rumah panjang, pendidikan dan keagamaan, politik dan wakil rakyat, bencana alam yang pernah melanda Marudi serta pembangunan SCORE di Baram. Pastinya kompilasi buku bergambar ini bakal menjadi bahan tatapan menarik untuk semua peringkat umur, latar pendidikan dan kaum.

SIPNOPSIS: Sarawak Highland Folks Music Festival merupakan festival muzik tradisional suku-suku kaum dari kawasan Pentadbiran Bahagian Miri yang bakal dipentaskan di kampung Long Bedian Sg Apoh Baram pada Nov 2012 akan datang. Festival ini akan menampilkan seramai 14 Pertubuhan dan Persatuan Ethnik Sarawak termasuk 9 dari suku-kaum Orang Ulu untuk mempersembahkan seni muzik tradisional masing-masing seperti muzik sape, jatung-lutang, bergendang, alat muzik gong dan tawak, kumpulan bamboo band, lotong Kenyah, atui Penan, engkelurai serta banyak lagi. Objektif penganjuran festival ini adalah untuk mempromosi dan memelihara kesinambungan penggunaan alat-alat muzik tradisional suku-kaum masing-masing agar terus bertahan di samping menarik para pelancongan melawat ke kawasan luar bandar.

Buku cenderamata Pesta Sape Borneo 2008 mencoretkan pelbagai cerita menarik berhubung asal-usul muzik Sape khususnya dalam kehidupan masyarakat Orang Ulu (Kayan-Kenyah). gambar-gambar pemuzik Sape yang seringkali memainkan muzik lunak ini dipersada seni muzik tradisional antarabnangsa juga dimuatkan dalam buku ini untuk makluman pembaca.

 

 
|