PIAGAM PELANGGAN
Pejabat Daerah  Marudi

 

Kami berjanji
untuk memberi perkhidmatan yang cekap, cepat dan mesra
kepada semua pelanggan yang berurusan di pejabat ini

bagi memenuhi piawaian-piawaian berikut:-

Perkara Probet
Perkara probet akan direkod dalam
masa
1 (satu) jam
sekiranya dokumen yang disertakan adalah lengkap
dan
surat Kuasa Tadbiran akan dikeluarkan
dalam tempoh
1 (satu) minggu.

Permohonan Sijil Anak Angkat
Permohonan sijil Anak Angkat akan direkod dan
Sijil Anak Angkat akan
dikeluarkan
dalam tempoh
1 (satu) Minggu
sekiranya dokumen yang disertakan adalah lengkap 

Permohonan Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan
Permohonan Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan akan diproses
dalam tempoh 15 minit
 dan sijil Pendaftaran akan dikeluarkan dalam satu minggu
sekiranya dokumen adalah lengkap

Pengeluaran Lesen Perdagangan
Pengeluaran Lesen Perdagangan akan dikeluarkan
dalam tempoh 1 (satu) jam
sekiranya permohonan adalah lengkap.

Permohonan Pindaan Butir-Butir Perdagangan
Permohonan Pindaan Butir-Butir Perdagangan akan duruskan
dalam tempoh
1 (satu) jam
sekiranya
permohonan adalah lengkap.

Pembatalan Lesen Perdagangan dan Sijil Pendaftaran Perniagaan
Pembatalan Lesen Perdagangan dan Sijil Pendaftaran Perniagaan
akan diuruskan dalam tempoh 15 minit
dan akan dikemukakan ke
Pejabat Residen
dalam tempoh satu  bulan untuk diwartakan.

Permohonan untuk "Transmission" dan Pindahmilik Hartanah
Permohonan untuk "Transmission" dan pindahmilik hartanah
akan dilengkapkan dalam masa
1 (satu) hari
dan dikemukakan kepada
Jabatan Tanah dan Survei, Miri
dalam masa
1 (satu) minggu sekiranya permohonan adalah lengkap.

Pembayaran Cukai Tahunan Tanah
Pembayaran cukai Tahunan tanah akan diuruskan
dalam tempoh
30 minit
sekiranya permohonan adalah lengkap.
.

Permohonan untuk Mematikan Setem Hasil
Permohonan untuk mematikan Setem Hasil  akan diuruskan
dalam masa 30minit
sekiranya permohonan lengkap.

Baucer Bayaran
Baucer bayaran akan disediakan
dalam tempoh
1 (satu) minggu
dari tarikh tuntutan/bil/invois  diterima bagi
setiap perkhidmtan
atau bekalan yang dibuat.

Pengeluaran Resit Rasmi
Pengeluaran Resit rasmi akan dikeluarkan
dalam masa
5 minit
setelah menerima apa-apa bayaran dari orang awam.

Permohonan Permit Membeli Peluru
Permohonan untuk mendapatkan permit membeli peluru akan
diuruskan  dalam masa 15 minit
sekiranya permohonan adalah lengkap.

Pendaftaran Kes Mahkamah Bumiputra
Pendaftaran bagi kes mahkamah Bumiputra akan diuruskan
dalam
tempoh 1 (satu) jam
sekiranya dokumen sokongan adalah lengkap.

Tarikh dan masa perbicaraaan adalah tertakluk kepada
budibicara
hakim yang mengendalikan kes berkenaan.

Permohonan Memindah Hakmilik Senapang Patah
Permohonan Memindah Hakmilik Senapang patah akan diuruskan
dalam tempoh 1 (satu) minggu
dan akan dimajukan kepada
Residen Bahagian Miri
pada minggu yang berikutnya
untuk tindakan lanjut.
 
 
 
 

Ke halaman utama